Aplikasi Telefon Contractor4U
CIDB Malaysia telah mengambil inisiatif untuk membangunkan aplikasi tersebut untuk kemudahan pemilik premis kediaman dan perniagaan mendapatkan perkhidmatan kontraktor tempatan berdaftar bagi kerja pendingin hawa, kerja perpaipan dalam bangunan, kerja elektrikal kerja jubin, kerja cat, kerja ubahsuai dan kerja lanskap. Ini sekaligus meningkatkan kebolehcapaian masyarakat bagi mendapatkan khidmat para kontraktor tempatan.
Kontraktor tempatan yang berdaftar di dalam gred G1 & G2 di dalam bidang pengkhususan tersebut, setelah diluluskan keahlian mereka sebagai penyedia perkhidmatan di dalam aplikasi ini dapat memenuhi permintaan daripada pengguna
Objektif Penghasilan Aplikasi
- Menjadi medium pemasaran kepada kontraktor gred G1 dan G2 untuk meningkatkan pendapatan.
- Meningkatkan kebolehcapaian masyarakat kepada kontraktor tempatan.
- Mencegah budaya masyarakat mendapatkan perkhidmatan daripada kontraktor asing dan tidak berdaftar.
Perkhidmatan aplikasi ini adalah meliputi seluruh negara di mana pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan kontraktor untuk kerja-kerja tersebut yang berhampiran dengan mereka. Tiada penetapan harga perkhidmatan yang diberikan. Pelanggan dan kontraktor diberi kebebasan untuk merundingkan harga muktamad perkhidmatan tersebut.